my~Followers

Powered by Blogger.
RSS

serba sedikit tentang anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu sejak dari terdahulu lagi. Namun begitu, pada zaman globalosasi ini bukan sahaja menjadi daya tarikkan masyarakat melayu, malah masyarakat dari Negara luar pun giat melibatkan diri dalam seni anyaman ini, sebagi contoh Negara yang giat menjalani anyaman ialah dari Negara timur seperti Jepun, yang bukan hanya mementingkan kecantikan anyaman bakul semata-mata, tetapi juga melihat dari aspek fungsinya, seni anyaman ini adalah satu cabang kerajinan yang telah lama kewujudannya.
Justeru, menganyam merupakan suatu kegiatan menjalin bahan yang berbentuk pita sehingga satu sama lainnya saling kuat dan membentuk motif-motif tertentu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Corak anyaman mempunyai rupa bentuk yang bentuk yang bernilai seni. Ragam hias pada anyaman mengkuang dan pada pandan misalnya, merupakan ciptaan daripada motif-motif tertentu yang dimanifestasikan daripada keindahan semula jadi. Seni anyaman mencipta istilah kelarai. Kelerai merupakan sejenis anyaman yang mementingkan ragam hias atau corak. Di negeri Terengganu Darul Iman, anyaman pandan dipanggil kelerai. Di negeri Perlis pula kelerai bermaksud anyaman buluh.
Anyaman pandan dan mengkuang merupakan bahan anyaman turun-temurun dalam masyarakat Melayu. Anyaman jenis ini terkenal di negeri Terengganu Darul Iman, Pahang Darul Makmur, Kelantan Darul Naim, Negeri Sembilan Darul Khusus Perak Darul Ridzuan, Sarawak Bumi Kenyalang dan beberapa buah negeri lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment