my~Followers

Powered by Blogger.
RSS

kreative tak gambar ini...?

perasan x gambar ini menggambarkan perasaan sedih yang tersembunyi...? nyum2x epal hijau!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

media campuran dalam penghasilan catan

MEDIA CAMPURAN
SEJARAH...
Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.

Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.

Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.


Catan Media Campuran

Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.

Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.

Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.

Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.

Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.


Sejarah seni catan media campuran tempatan.

Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.

Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.


Kajian Teori Yang Berkaitan

Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night” (1991).


Jenis Bahan

Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.


Apa Itu Bahan ( Material)

Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk ‘chemical’ ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.

Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari koleksi lab.

Cara Memilih Bahan

Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ‘ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.

Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.

Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.



PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA

Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu yang baru.
Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi. Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap beberapa pengolahan sahaja.

Collage

Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya yang membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi. Ia merupakan satu era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction' terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah menjadi segi empat.

Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa sendiri.

Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It was a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that for the first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no such thing as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini adalah sebagai satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.

Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya masih bersifat 2D.












Assemblage

Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.

Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.

Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu. Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan kembali.

Combine Painting

Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.

Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.

Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.

Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.

Fabric
Fabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas. Dalam seni tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian. Manik-manik, jerami yang disulam dan dijadikan pakaian dan perhiasan. Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam seni semasa. Ianya kemudian telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan karyanya. Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali sutera sacking dan simen.
Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah artis menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,
"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess of paint…. painting picture each day and wiping them out each night …. I finished with a massive pile of paint rags…. mainly muslim baby napkins, covered with beautiful colours…".17
Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted and tied, weaving around sticks, weaving a treda mobile, design from string and nail dan feather.

Lain-Lain Pengolahan

Setelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ terdapatnya beberapa pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya seperti Fumage, Brulage, Decoupage, Dechirage, Froissage dan Frottage. Di bawah ini diberikan ringkasan secara umum mengenai teknik dan kesan yang terhasil dari pemerosesannya.

Jenis Subjek
Motif yang digunakan motif –motif abstrak contohnya motif yang digunakan oleh Zukifli Yusof motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi kebangsaan. Manakala Tan Chin Kuan juga banyak membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis muda seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah memperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malayisa. Penggunaan imej serta pembungkusan makanan tempatan terdahulu daripada ini dapat dihayati dalam karya-karya Hashim Hassan menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan semiabstrak bagi mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.


Antara contoh-contoh media

Cat Air


Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.


Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.


Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut

Pensel

Pensel (diserap dari bahasa Inggeris), juga dipanggil kalam di negeri pantai timur[1], ialah sejenis alat tulis yang juga boleh digunakan untuk melukis. Pensel terdiri daripada sebatang pigmen (biasanya grafit, terkadang pigmen berwarna atau arang) yang diletakkan dalam batang kayu (kertas dan plastik juga digunakan) bagi menghasilkan tanda pada kertas. Pensel berbeza dengan pen, yang menggunakan cecair sebagai bahan penanda. Getah pemadam digunakan bagi menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pensil.

Krayon

Krayon adalah suatu bahan biasanya berbentuk seperti pensil yang diperbuat daripada lilin, arang, kapur, atau bahan-bahan lain untuk digunakan dalam penulisan, pewarnaan, dan lukisan. Krayon yang diperbuat daripada kapur lilin digelar sebagai pewarna lilin berminyak (pastel berminyak) manakala yang diperbuat daripada pigmen pula dipanggil pewarna lilin (pastel) sahaja.Krayon biasanya digunakan oleh kanak-kanak untuk melukis dan mewarna. Krayon juga merupakan bahan asas di kebanyakan prasekolah kanak-kanak di seluruh dunia. Pewarna ini amat mudah digunakan, tidak kotor (sebagaimana cat dan marker pen), tumpul (tidak berbahaya untuk kanak-kanak berbanding pewarna yang lebih tajam), tidak bertoksik, dan mempunyai pilihan warna yang banyak. Tambahan pula, krayon kini amat mudah didapati di pasar-pasar raya dan kedai-kedai alat tulis.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang krayon:-
• Warna krayon adalah kalis cahaya dan kalis air.
• Pada 98 tahun yang lalu, lebih daripada 100 bilion krayon Crayola telah dihasilkan.
• Kebanyakan nama krayon Crayola diambil daripada buku U.S. Commerce Department's National Bureau of Standards yang dipanggil Color: Universal Language and Dictionary of Names(Warna:Bahasa Sejagat dan Kamus Nama). Beberapa nama juga diambil daripada nama pelukis-pelukis tradisional.


Pen
-Pen (bahasa Latin penna, bulu pelepah) adalah alat menulis yang meletakkan dakwat pada permukaan, biasanya kertas. Pen boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai kegelapan antara hitam, biru, merah, dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.

Jenis pen

• Pen mata bola
• Pen mata golek
• Pen dakwat (Fountain pen)
• Pen mata felt
• Pen agar
KARYA YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAMPURAN
KARYA ZULKIFLI YUSOF


-Karya ini berbentuk figura manusia
-Penghayatan nilai estetik yang lebih kepada bentuk arca binaan dan simbolik
-Karya ini menggunakan media campuran besi dan plaster of paris serta warna.
-Karya ini menggunakan teknik logam, luakan, tambahan dan campuran.
-Karya ini bertemakan Perjuangan Pahlawan.
-Karya ini menekankan nilai gagah perkasa melalui pakaian dan penonjolan diri.
-Fungsi karya ini adalah untuk menerapkan sikap kepahlawanan, keberanian dan tahan lasak.


KARYA REDZA PIAYADASA
REDZA PIYADASA

Lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.
Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)
Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)
Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center
Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998
Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.




-Karya ini menekankan unsur figura.
- Karya ini menggunakan media campuran yang dilukis di atas kanvas
-Karya ini menggunakan teknik campuran, teknik cetakan saring sutera, teknik berulang dan aliran konstruktif
-Karya ini bertemakan masyarakat Cina Baba dan Nyonya.
-Karya ini menunjukkan komuniti masyarakat di Malaysia iaitu masyarakat baba.
-Fungsi karya ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sesebuah keluaga. Selain itu, menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan masyarakat cina di Malaysia.
-Karya ini banyak menggunakan warna merah, warna ini berperanan untuk mengukuhkan dengan warna dalam masyarakat cina.

REDZA PIYADASA


Malay Couple: Redza Piyadasa(1988), Mixed media collage, 60 x 50 cm

Menerusi catan ini kelihatan seorang lelaki yang berambut putih, berkot, seluar dan berkasut coklat muda serta memakai tali leher sedang berdiri disisi seorang wanita muda yang sedang duduk di kerusi. Wanita tersebut memakai baju warna biru dan kain batik berserta kasut biru. Mereka kelihatan seperti sedang bersiap sedia untuk diambil gambarnya. Catan ini berlatarkan tumbuh-tumbuhan dan garis-garis pelbagai warna.

Makna
Lelaki yang berambut hitam keputihan ini menunjukkan umurnya yang sudah sedikit lanjut dan berdiri di sisi seorang wanita menunjukkan mereka sepasang suami isteri. Berdirinya lelaki ini disisi perempuan yang sedang duduk menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menjaga isterinya dengan baik. Daun-daun dan warna-warna kehijauan menunjukkan nilai-nilai kebahagian sepasang suami isteri.

Cerita
Di sini Redza Pyadasa ingin menyampaikan tentang kebahagiaan sepasang suami isteri dan nilai kasih sayang seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya dari awal dan selamanya.

Ekspresif
Di dalam karya ini menunjukkan rasa gemberi dan teruja pengkarya pada kebahagiaan pasang suami isteri tersebut dan mengabadikannya di dalam karyanya sendiri.


Bibliografi

-Fischer, Steven R., A History of Writing, London: Reaktion, 2001, 352 p., ISBN 1861891016
-David Britt ( 1999). Modern art impressionisme to post modernism. London: Thames
Hodson Ltd.


-Muliyadi Mahamood. ( 2001 ). Seni Lukis Moden Malaysia era pluralis hingga era
Era pluralis (1930 – 1990).Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors.


-Muliyadi Mahamood. (1991). A critical Appreciation of Malaysian Art in Relation to
World Art. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Micheal Rush . ( 1999). New Media in Late 20th- Century Art. London: Thames
& Hudson.
- Anugerah Seni lukis Malaysia&Asean Art Awaeds 2003 Philipmorri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kreativiti dan kanak-kanak


1.0 PENDAHULUAN
Dunia sudah memasuki milinium ketiga. Ini adalah melinium yang dikatakan oleh sarjana dan futuris sebagai dunia yang bersifat paradoks, chaos, persaingan dan bermacam-macam lagi. Teknologi komunikasi dan maklumat menjadi dunia ini semakin semakin sempit dan kecil.ia adalah zaman yang dikatakan oleh guru pengurusan terkenal Tom Peters sebagai The Decade of Ideas. Pada zaman ini, kita dapat melihat dan menyaksikan pelbagai idea yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, rupa, dan kaedah. Idea terserlah dalam pelbagai ragam medium dan konsep, perkhidmatan dan produk.

Benar jika dikatakan ini adalah abad bersaing, persaingan dalam segala-galanya; bisnes, pendidikan, industri, penyelidikan, seni, hiburan, pekhidamatan, penulisan, pengiklanan,dan sebagainya. Ini adalah zaman yang mana idea diterjemah secara inovatif. Inovatif adalah seni mengekploitasi idea-idea kreatif dalam pelbagai konsep, bentuk dan kritiria secara maksimum oleh innovator dan lansung kepada pengguna.

Justeru itu, idea kreatif penting pada zaman inovatif ini. Idea yang menghidupkan inovasi. Tanpa idea, inovasi tidak berlaku dan akhirnya produk, sistem serta perkhidmatan tidak mampu menangani kehendak dan masalah manusia yang beragam serta kompleks. Matthew J. menjelaskan, persaingan pada abad inovosi ini adalah kemampuan organisasi ataupun individu menerbitkan dan menterjemahkan idea-idea inovatif.



2.0 KREATIVITI SECARA UMUM
Daripada banyak kebolehan semulajadi yang dianugerahkan kepada manusia. Kebolehan ‘kreatif’ biasanya membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu yang mempunyai kebolehan itu kerana dia sering dianggap memepunyai beberapa kualiti yang sejati yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan individu tersebut dari kumpulan majority manusia yang kurang kreatif. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik kebelakangan ini membawa kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan krativiti dan juga kepada pendekatan yang lebih realistik untuk menjalankan kajian-kajian tentangnya. Sejak tiga dekad yang lalu didapati bertambahnya minat terhadap bidang ini dan ada penyelidik-penyelidik yang berpendapat bahawa “ semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur” (Jones 1972: vii)

Kini fenomena bertambahnya minat terhadap bidang kreativif dilihat oleh sesetengah golongan manusia sebagai satu perkembangan yang besar dalam pendidikan. Namun begitu ada pula yang menganggap bahawa minat baru ini sebagai sesuatu yang bersifat semntara dan akan lenyap dengan cepat. Disamping itu ada pula mereka yeng begitu berazam untuk memupuk bakat dan kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar dan golongan ini tidak terlepas daripada kritikan serta kesangsian umum. Contohnya, Ausubel pernah menyatakan seawal tahun enam puluhan lagi bahawa “ pengajaran untuk memupuk sifat kreatif merupakan satu keganjilan terbaru yang terus meningkat subur dalam bidang pendidikan pada masa ini.


Kurang persetujuan terhadap definisi istilah ‘kreativiti’telah menyebabkan wujudnya gerak balas yang berbeza-beza terhadap soal kreativiti. Para penyelidik masing-masing cuba member tafsiran dan definisi sendiri tentang konsep kreativiti. Menurut Foster (1971), “ definisi-definisi ini dinyatakan dari pelbagai segi misalnya dari segi psikologi, falasafah, sosiologi, statistik ; ada definisi yang khusus bunyinya dan ada pula yang sangat umum”. Vernon dan rakan-rakannya (Vernon, Adamson dan Vernon, 1977: 67) telah merumuskan masalah tentang definisi seperti berikut.

Secara tradisional kreativiti meupakan sesuatu yang bermisteri dan hanya pada kebelakangan ini sahajalah terdapat usaha-usaha untuk mengkaji kreativiti sebagai satu fenomena semulajadi. Kita masih belum mendapat satu definisi yang memuaskan, walaupun beberapa definisi yang baik telah dikemukakan.

Betapa rumitnya masalah yang berhubung definisi perkataan ‘kreativiti’ ini terbayang dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang penyelidik British yang bernama Hitchfield (1973 : 111) yang berkata bahawa “ perkataan kreativiti yang belum dapat ditemui dalam kamus.






3.0 DEFINISI KREATIF
Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.
Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan dalam Rajah 3.1.















Rajah 3.1 Definisi Kreativiti
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai:
i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru.
iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.

Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.




4.0 DEFINISI KANAK-KANAK
Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.




5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PIAGET
Jean Piaget percaya bahawa semua kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual. Kebanyakan idea muncul hasil pemerhatian terhadap anak-anaknya sendiri yang Berjaya menyelesaikan masalah pemikiran.
Piaget dipengaruhi oleh dua proses yang membantu dalam perkembangan intelek, iaitu asimilasi dan akomodasi. Menurut Santrock (2006), asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan ilmu pengetahuan baharu dalam ilmu pengetahuan sedia ada. Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak mengubahsuai skema kepada persekitaran. Suatu skema ialah konsep atau kerangka yang wujud dalam minda individu untuk mengkordinasikan dan menginterpretasikan maklumat. Skema terdiri daripada suatu aspek mudah seperti skema sebuah kereta kepada aspek komplek seperti apa-apa yang terkandung dalam dunia ini.
Menurut Santrock (2006), saranan istilah penyeimbangan (equilibration ) oleh Piaget merupakan satu mekanisme untuk menerangkan cara kanak-kanak mengalih pemikiran dari satu tahap ke satu tahap yang lain, pengalihan pemikiran berlaku apabila kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidak seimbangan ( disequilibrium) dalam percubaan untuk memahami dunia dan persekiran. Seterusnya, mereka menyelesaikan konflik dan memperolehi keseimbanagn pemikiran.
Dalam pemerhatian Piaget, terdapat emapat tahap dalam perkembangan kognitif seperti berikut:






5.1 tahap sensory motor (sejak lahir hingga 2 tahun)
Pada tahap ini, persepsi bayi adalah melalui dunia, dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkordinasikan pergerakkan dengan informasi daripada derianya. Pada tahap ini juga, pengekalan objek (object permanent ), iaitu suatu pemahaman

objek tersebut tidak kelihatan didepannya, hal ini bermakna pada tahap ini belum wujud ini kreativiti pada kanak-kanak tersebut.

5.2 tahap praoperasi (sejak 2 tahun hingga 6 atau 7)
pada tahap ini, kanak-kanak mula mewakili dunia dengan kata-kata dunia dengan kata-kata dan imej. Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula menggunakan bahasa bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme. Egosentrisme ialah ketidakupayaan untuk membezakan antara perspektif seorang dengan seorang yang lain. Contohnya :
father: Mary, is mommy there?
Mary: (silent nods)
Father: Mary, can I speak to mommy?
Mary: (nods again silent)
Respon Mary ialah egosentrik kerana dia gagal menyedari bahawa dia tidak boleh melihat anggukkan. Dalam pada itu, penumpuan pada sesuatu sifat sehingga mengabaikan yang lain. Sifat ini adalah cirri-ciri kank tahap praoperasi. Ciri-ciri sesuatu adalah sama walaupaun objek mungkin bertukar sifatnya apabila dilihat secara luaran dengan mata kasar.


5.3 Tahap operasi konkrit (umur 7 tahu sehingga 11 tahun)
Suatu perkembangan pada tahap ini ialah kanak-kanak menguasai konservasi, iaitu konsep tentang berat, jisim dan bentuk objek yang berubah. Menurut Coon idan Mitterer (2007), kank-kanak telah mempelajari konservasi, apabila mereka memahami bahawa “ tanah liatdapat dibentuk dalam bentuk “ular” tidak akan meningkatkan berat tanah liat. Dalam pada itu, menuang air kedalam gelas yang
tinggi dan sempit kedalam piring yang cetek tidak akan mengurangkan jumlah kandungan air.
Semasa dalam tahap ini, kanak mulai berfikiran kreatif dan mampu mengapalikasikan penggunaan bahan untuk seatu yang baru, malah kanak-kanak juga mulai menggunakan konsep masa, ruang dan nombor. Mereka ini dapat berfikir secara logik atau situasi konkrit, ketogeri dan prinsip-prinsipnya.

5.4 Tahap operasi formal ( 11 tahun keatas)
Pada tahap ini kanak-kanak mula berfikir kepada prinsip abstrak seperti demokrasi, pengiktirafan dan pemikiran. Mereka mula keluar daripada memikir secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan pada tahap operasi konkrit.
Kanak-kanak pada tahap ini juga boleh memikir tentang pemikiran menjadi kurang egosentrik. Dalam pda itu, keupayaan intelek dewasa adalah misi utama dalam opersi formal ini. Mereka boleh memahami bagaimana yang dikatakan konsep ruang, komposisi, bentuk, rupa dan sebagai. Boleh menghasilkan obejk bersifat 3 dimensi.


6.0 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;
a) Bebas
b) Seronok mempelajari perkara baru
c) Sifat ingin tahu
d) Suka bermain/ keseronokkan
e) Peserta yang aktif
Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.


Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif. Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.
6.1 kreativiti kanak-kanak
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;
a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif
e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.

6.2 Seni bahasa pertama kanak-kanak
kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik.

Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka.




6.3 Seni membantu perkembangan kanak-kanak
Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran. Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi:
a) Fizikal, seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki coordinasi tangan-mata. Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanak-kanak ini meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot kanak-kanak tersebut.


b) Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni, dan lain-lain sebenarnya automatic menyumbang kepada perkembangan fizikal.

Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doughs liat dan tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal lengan dan pergelangan tangan.

c) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi untuk menjadi lebih berkeyakinan. Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti kumpulan yang dibentuk.

d) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir


e) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-kanak yang mempunyai msalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.



7.0 PENUTUP
Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah bermula dari perkembanagan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh dilihat secara berperingkat, seperti yang diperjelaskaskan melalui teori perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari empat tahap yang menunjukkan perubahan yang amat ketara.

Disamping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti kanak-kanak dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap kekreatifan pada usia empat tahun seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance (1964), kerana padavtahap ini la kanak-kanak cuba memahami segala yang ada disekitarnya dan mengaplikasikan kedalam bentuk seni. Umpamanya, mengikut pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis, ayam, manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga dimensi.


Bibliografi
AINON & ABDULLAH, (1994). PEMIKIRAN REKA CIPTA, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

AINON MOHD ABDULLAH HASSAN,(1997). SENI BERFIKIR KREATIF, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

LEONARD M S YONG, (1993). KREATIVITI KEARAH MEMBENTUK MASYARAKAT KREATIF. arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.

Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young Children
Maimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur.

Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005). CIPTAAN IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young Children.

ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT FOR YOUNG CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony.

Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.

YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa yang korang faham tentang seni??

rasa macam lambat je nak crita hal seni....
tapi percaya lah kalau nak cakap tentang seni dan kreatif ni aku rasa mmg xkan pernah habis.... dan tidak akan lahir pinggan mangkuk yang cantik tanpa seni... betol tak....hahhaha motif...
tak payah la cakap hal yang berfungsi bergitu... nak tahu lagi? kreatif sekarang zaman moden... 2011/2012... ape yang agak glamor ye?
aku rase para wanita mesti tahu kan....
x len x bukan.... shawl... dalam erti kata yang lain salendang atau tudung... perasan tak wanita moden makin cute dengan penampilan penggunaan shawl yang comel-comel. hehehe aku pun gemar... selain dari menutup aurat ia merupakan satu perkara yang sangat jreatif di mata manusia... sekali gus kita telah mengikut syariat islam betul tak....
tapi bukan la... hiasan yang terlalu melampau... alamak macam tazkirah subuh la pula... hahahha... saje je... walau bagaimanapun disini pada hari ini sebenarnya saya hendak menceritakan kekreatifan manusia je mangenai hiasan...

meh saya tunjukkan cutenye tudung dan kreatifnya pemakaianya...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek makanan

selain daripada aspek penggunaan bahan, lukisan, seramik, catan dan sebagainya... makanan juga boleh menjadi bahan kekreatifan... kalau x percaya tengok gambar ini... saya orang sarawak pernah la buat... agak payah dan memerlukan kekreatifan tinggi untuk menghasilkan corak yang cantik dan harmoni.

nak tahu ape tak?
mestilah kek lapis sarawak.

tapi kat cni saye x sertakan la macam mana nak buat.. korang serve la sendiri k... just aku nak tunjuk gambar kek lapis yang kreatif dan cantik.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

karyaku kratif x? hehehe



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kREatif dan tEmbikar

kita juga boleh menunjukkan nilai estetika melalui kekreativitian kita dalam penghasilan tembikar...... contohnya seperti gambar dibawah,,,karya ini dihasilkan olah RONAN PETERSON yang merupakan penggiat seni tembikar,,, sangat kreatif dan menarik dan sedikit berkenaan beliau..


Ronan Peterson dibesarkan di Poplar, NC yang merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan barat North Carolina. Beliau mendapat pendidikan pertama di Universiti North Carolina di Chaple Hill dan pada tahun 1996 beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Satera dalam bidang Antropologi. Kerana berminat, beliau telah mengambil bidang seramik dan mula mengikuti kelas seramik. Karya beliau sangat mengkagumkan, malah lebih kepada penceritaan pertumbuhan dan kemusnahan dunia, yang diaplikasikan dalam bentuk bayangan atau fantasi. Hasil karya yang begitu menarik menyebabkan karya beliau menjadi koleksi tetap di North Carolina. Dan memiliki galeri sendiri iaitu “Nine Toes Pottery”.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS